Masa di dunia

Pejam celik, pejam celik..
Dah tige minggu start class kat cfs..
Dah tige bulan bersama cik HD..
& dah sampai final sem kat IIUM PJ..
Kejap je kan?

"Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh"
Surah Al-'Asr.

Waktu kita kat dunia ni, makin lama makin singkat..
Kita tak tahu, bila Dia akan tamatkan riwayat kita kat dunia pinjaman ni..
Selingan ni buat aku terkenang kat arwah schoolmate aku, yang dah hampir 3 tahun meninggalkan kami.. Kalau arwah masih hidup, smlm die genap 20 tahun..
Masa kejadian tu, aku sibuk mengejar masa untuk memahirkan diri dengan subjek2 spm.. Sampaikan masa untuk mengabdikan diri kepadaNya pun sering aku abaikan..

Sebelum aku berangkat ke Perth haritu, aku singgah kat rumah Wan, kakak mak, kat Terengganu..
Pertama kalinya aku tengok bola dari awal sampai habis.. Masa tu match Malaysia vs Indonesia..
Luar dari jangkaan aku, rupanya, tu merupakan saat terakhir aku habiskan dengan Pakwan..
Seminggu selepas itu, beliau kembali ke Rahmatullah..
Reaksi aku : kaku, numb.. Tak pernah alami last moments dengan sesiapa pun..
Tapi aku tetap bersyukur, kerana diberi peluang untuk berjumpa dengannya walaupun untuk seketika..
Dan juga kerana diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumiNya, dan menginsafi setiap apa yang berlaku di sekelilingku..
Alhamdulillah..

Cik Asilah Anis, Cik Nazurah, Cik Amiera Ilyana, Cik Nur Alia, Cik Nur Basyirah, Cik Hasnah Atiqah, Cik Siti Nor Raihan & terutamanya Cik Hafizuddin.. Thank you.. :) i'm assuming you all know why.. :)

Comments

Popular Posts