janjiku pada mak & ayah..

mak & ayah dah banyak berjasa kepada aku..
ye, aku tahu, aku masih x mampu nak balas jasa mereka..
sekarang ni pun, aku mampu nak tolong dari segi tenaga je..
wang ringgit, setakat nak belanja sekali sekala tu, bolehla..
setakat ni, seumur hidup aku, belum pernah aku merasa tinggal rumah sendiri..
rumah sewa tu dah selalu sangat..
sebab selalu sangat pindah, agak tak berbaloi la kalau kena beli rumah merata2..
jadi, sebagai seorang anak, ini janjiku pada mereka..

mulai hari first aku pergi kerja, sebahagian gaji aku akan aku letak tepi untuk tiga benda..
1) masuk akaun tabung haji, untuk bawak kami bertiga pergi Mekah al-Mukarramah untuk menunaikan haji & umrah..

2) buat rumah yang aku & mak duk reka dari seminggu yang lepas.. sebenarnye, aku dah lame reka dalam kepala.. juz xpernah bagitahu.. rumah ni kena plus maid tau.. ;)lebih kurang rupa rumah yang aku plan untuk mereka dari depan..simple, yet nice..living room yang aku harap mak akan suka..lebih kurang rupa master bedroom mereka.. *excluding gambar lembu tu*interior structure rumah tersebut..x lengkap rumah tradisional, kalau xde kebun yang berdekatan.. of course, akan ada orang yang diupah untuk jaga kebun ni.. kebun ni, boleh la nanti anak2 aku merasa nikmat balik kampung, yang aku dah lama x rasa..

3) bayarkan half duit untuk kenduri kahwin aku.. hehee.. of course sebelum tu kena cari menantu yang baik untuk mak ayah yang boleh hormat mereka berdua sepertimana die hormat mak ayah die sendiri.. ;)


Ya Allah, berikan aku kesempatan untuk berbakti kepada ibu bapaku..
bukakanlah pintu rezeki buat keluarga kami..
kurniakanlah aku jodoh yang baik..
kuatkanlah iman, dan tabahkan hatiku,
untuk terus beribadat kepadaMu, ya Tuhanku..
Amiiin.. :)

Comments

Popular Posts