penat..

ye, aku sangat penat..
penat.. rimas.. lemas..
penat menjaga hati orang lain sampaikan aku sendiri rasa sangat lemas..
sampaikan aku turut menjadi plastik, sama seperti mereka..

bila mereka semua menyatakan yang aku ni bermasalah,
tak cukup ceria.
tak cukup mesra.
aku tertanya2...
habistu aku sentiasa tersengih bagai kerang busuk tu, ertinya apa?

ya, mungkin cara aku kasar..
tapi percayalah,
itu aku..
kalau aku bercakap lembut,
mahukah anda, sekiranya aku menjadi plastik?

sejak kebelakangan ni, aku sering sakit..
aku tak mahu belas kasihan anda semua..
itu perkara terakhir yang aku inginkan..
cuma, apabila anda memikirkan bahawa aku pura2 sakit,
hakikat itu mengguris hati aku..
andai anda semua tahu betapa peritnya sakit itu..

nak tahu sesuatu tak?
anda semua telah mengambil keceriaan aku,
sedikit demi sedikit..
anda mengambil kebahagiaan aku..
anda merampas kebolehan aku untuk terus senyum..
anda telah membuat aku tak tidur malam,
tak senang duduk,
terus tertanya2,
apa salah aku?
apa lagi yang aku salah buat?
apa lagi yang boleh aku buat untuk ubah semua ni?

aku penat.. aku sangat penat..
penat menjadi antara yang terasing..
penat jugak sebab selalu terasa padahal benda tu sangatlah remeh..
mungkin hormon aku yang makin tak stabil?

ye, lihat pengaruh anda?
anda semua berjaya membuat aku sendiri sentiasa mencari kesalahan diri.
tahniah dan terimakasih saya ucapkan..

buat pengetahuan anda semua,
pada mulanya, saya sangat berbahagia kerana mendapat anda2 sebagai rakan *****..
tapi sayangnya, cintaku bertepuk sebelah tangan..
hanya kerana satu kesalahanku,
anda2 terus menghukum kesemua benda yang aku buat..
benar kata2 orang..
pabila seseorang itu melakukan kesalahan,
hanya kesalahannyalah yang akan terserlah,
kebaikannya? habis kabur, hilang bagai tidak pernah wujud..

mungkin efek demam dan hakikat aku menulis ini pada jam 3.25 pagi
membuatkan bakat sasterawan negara yang terpendam kembali mekar..
ya.. mungkin..

nasihat buat diri sendiri:
what doesn't kill you makes you stronger..
mungkin ini salah satu musibah yang boleh menjadikan hari2 bakal mendatang lebih mudah?
mungkin?
mungkin juga ini satu permulaan persahabatan yang lebih erat daripada biasa?
mungkin..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud.. Alirkan secebis kasih dan cintaMu kepada kami se***** agar dapat kami melaksanakan amanahMu.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Jami', satukan hati2 kami semua dengan kasih sayangMu agar dapat kami sayang menyayang, tolong menolong, pimpin memimpin dan hormat menghormati..

amin, Ya Rabbal 'Alamiin..

Comments

Popular Posts