The 3 O's in Eyecare: Ophthalmologist, Optometrist & Optician.
https://youtu.be/TsHJ6cmcGt4
Saya pasti ramai kat luar sana yang pernah check mata, seringkali tertukar dengan tiga pekerjaan ni yang berkait rapat dengan bidang kesihatan mata, iaitu Ophthalmologist, Optometrist dan Optician.
Saya pasti ramai kat luar sana yang pernah check mata, seringkali tertukar dengan tiga pekerjaan ni yang berkait rapat dengan bidang kesihatan mata, iaitu Ophthalmologist, Optometrist dan Optician.
Jadi apa sebenarnya perbezaan pekerjaan-pekerjaan ni?
Ok, meh sini saya terangkan.
1) Ophthalmologist
Ophthalmologist (ejaan BM: Oftalmologis) merujuk kepada doktor pakar mata. Mereka mempunyai Medical Degree (MMed atau MBBS), dan kemudiannya menyambung pembelajaran dan specialize in Ophthalmology, menjadikan mereka Eye Specialist. Doktor-doktor ini boleh memberi prescripsi ubat, menjalankan rawatan, prosedur dan pembedahan secara umum kepada mata.
Ada subspesialist yang merangkumi beberapa bidang kritikal seperti corneal & refractive surgery, vitroretina, medical retina, glaucoma, oculoplasty, neuro-ophthalmology, pediatric ophthalmology dan lain-lain lagi.
Doktor2 pakar mata ini berdaftar dengan National Specialist Register (NSR)
Anda boleh berjumpa dengan Dr pakar mata di hospital-hospital kerajaan, khususnya di klinik oftalmologi. Kebiasaannya memang kena buat temujanji. Di sesetengah hospital swasta, dan juga di klinik-klinik pakar mata.
2) Optometrist
Optometrist merujuk kepada individu yang merupakan professional eyecare provider. Mereka mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Degree in Optometry. 3-4 tahun pembelajaran mereka di institut pengajian tinggi merangkumi kesemua aspek kesihatan mata. Mereka juga dilatih untuk memotong dan mendispens cermin mata.
Tugas optometrist adalah untuk mengesan ataupun detect sebarang abnormaliti pada mata, dan memberi penyelesaian kepada masalah tersebut. Contohnya: kalau vision dia tak normal, dan memerlukan cermin mata, optometrist tu boleh memberi spectacle prescription, dan anda boleh membuat cermin mata dengan "power" tersebut.
Selain dari memberi preksripsi cermin mata, seorang optometrist juga boleh memberi rawatan atau terapi tertentu kepada individu yang memerlukan seperti binocular vision exercise, anti-suppression exercise dan macam-macam lagi.
Dan jika sekiranya pesakit tersebut mempunyai penyakit mata yang memerlukan preskripsi ubat ataupun pembedahan, optomerist akan menulis surat rujukan kepada oftalmologist untuk merawat pesakit tersebut.
Dalam setting hospital, kebiasaannya Ophthalmologist dan Optometrist bekerjasama dalam membuat pre dan post operative treatment planning untuk pesakit yang bakal menjalani pembedahan seperti katarak dan juling, low vision aids, special contact lens dalam kes-kes berkaitan cornea, keratoconus, diabetic eye health management dan macam2 lagi.
Optometrist yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia mempunyai Annual Practicing Certificate (APC) yang berwarna hijau.
Anda boleh berjumpa dengan pegawai optometrist di hospital kerajaan, sesetengah klinik kesihatan, pusat optometri dan juga di kedai-kedai cermin mata yang berdaftar.
3) Optician
Tugasan utama seorang optician adalan untuk mendispens atau memotong kanta untuk dimasukkan kedalam frame untuk dijadikan cermin mata. Mereka boleh menentukan power seseorang yang normal, dan hanya beberapa yang menjalani kursus extra sahaja boleh mendispens atau menjual contact lens.
Optician boleh dijumpai di kebanyakan kedai cermin mata.
Optician yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia mempunyai APC yang berwarna biru, manakala optician yang sudahpun menjalani kursus tambahan untuk melayakkan mereka menjual contact lens mempunyai APC yang berwarna pink.
Hanya individu2 yang berdaftar ini sahaja yang layak untuk memeriksa mata anda. Mata adalah organ yang walaupun kecik, tetapi sangat complicated dan sekiranya di"rawat" oleh individu yang salah, boleh mengundang banyak komplikasi and trust me, once your eye is "damaged", teramatlah susah untuk pulihkannya semula.
Nasihat saya kepada anda semua: pastikan mata anda diperiksa oleh individu yang berdaftar. Sebab, lebih banyak mudarat yang anda akan undang kepada diri anda sendiri sekiranya diperiksa oleh individu yang tidak berkelayakan. Baik untuk cermin mata, contact lens dan juga ubat2 mata.
sources: http://www.myhealth.gov.my/en/optometrist-oftalmologist-and-optician-the-3s-o/
sources: http://www.myhealth.gov.my/en/optometrist-oftalmologist-and-optician-the-3s-o/
Comments